Pengenalan Tentang Rusuhan Kaum
Malaysia dikenali sebagai negara yang berbilang kaum antara kaum-kaum yang berada di Malaysia ialah kaum Melayu, Cina dan India. Banyak kelebihan hidup dalam suasana yang berbilang kaum seperti di Malaysia. Sebagai contoh, kita dapat ilmu pengetahuan yang lebih banyak tentang sesuatu kaum di Malaysia.Selain itu, kita dapat memupuk sifat bersatu padu antara semua kaum. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu peristiwa tragis yang telah meninggalkan kesan terhadap politik,ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah meragut nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka. Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan dan DAP telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.Pembangkang meraikan kemenangan. Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
Comments
Post a Comment