Terdapat lima cabaran utama dalam pembinaan negara bangsa : -globalisme -kepelbagaian budaya -pluralisme -neo-feudalisme -liberalisme Perpaduan menjadi matlamat utama sesebuah negara,terutamanegara yang mempunyai berbilang kaum seperti Malaysia.Hal ini kerana,apabila tiada perpaduan ataupun perpaduan pada tahap yang sangat rendah,pertelingkahan antara kaum akan sering berlaku.Fenomena ini akan menimbulkan ketidakamanan dan bayak kemusnahan.Pandangan ini terbukti apabila terjadinya peristiwa berdarah di negara ini pada 13Mei 1969.Negara ini secara jelas menjadi sebuah negara yang berbilang kaum,terutama selepas kedatangan British.Sebagaimana sejarah yang mengatakan bahawa pihak British telah membentuk dasar imigrasi liberal yang mana dasar ini menggalakkan kemasukan buruh-buruh Cina,India,Punjabi dan Indonesia untuk bekerja di sektor-sektor ekonomi tertentu. Situasi pecah dan perintah turut diaplikasikan oleh British di mana kumpulan etnik-etnik terbe...